
Di dalam usaha kita untuk meningkatkan pengetahuan and kualiti pegawai-pegawai sukan bola tampar di negara kita berkenaan dengan undang-undang permainan bola tampar yang terkini, terutamanya pengadil-pengadil dan jurulatih-jurulatih, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengadil Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dengan kerjasama Lembaga Jurulatih MAVA akan menganjurkan satu seminar bertajuk "Seminar Undang-Undang Bola Tampar Terkini 2009-2012" pada 28 Februari 2009.
Maklumat lanjut berkenaan dengan seminar tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 28 Februari 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Perdana, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
(pendaftaran peserta adalah pada pukul 8.30 pagi - 9.00 pagi)
(pendaftaran peserta adalah pada pukul 8.30 pagi - 9.00 pagi)
Yuran : RM10.00 seorang
Penyertaan : Atas jemputan sahaja.
Penyertaan seminar tersebut adalah atas jemputan sahaja. Peminat-peminat bola tampar yang berminat untuk menghadiri seminar seumpama ini pada masa-masa yang akan datang bolehlah menghubungi Persatuan-persatuan Bola Tampar Negeri masing-masing atau berhubung dengan Lembaga Pengadil Persatuan Bola Tampar Malaysia.
Untuk maklumat selanjutnya berkenaan dengan seminar tersebut, sila hubungi:
Mr. Joseph Gerard, Pengerusi Lembaga Pengadil MAVA
HP: 012 213 9287 email: jgerard@tm.net.my
atau
En. Abd Rahman Ahmad, Setiausaha Kehormat Lembaga Pengadil MAVA
HP: 019-248 5035 email: ah_man64@yahoo.com